* Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisik, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah
mengalah
* Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup
melaksanakan sesuatu dgn tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.
* Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus
kepadanya tanpa menyimpang.
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.
* Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.
* Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan
memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan
kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
* Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di
dlm diri kelak.
* Orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri terlebih dhulu,
kerana hanya dia yang memiliki kunci penggerak dirinya.
* Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam
usahanya.
* Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa
yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
* Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan.
tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang
subur
Monday, August 23, 2010
Mutiara Kata 6
Labels:
Cengkir Gading
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment