Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan
orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tak mampu buat semua jangan tinggal semua – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-
kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala
gembira, berjaya dan ternama – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah – DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai – DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.
Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu
kekuatan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya
perasaan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu
dan pergilah dari situ."
"Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati,
merindui."
"Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam
juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih
mengerti."
"Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita
miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila,
ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan."
"Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri
sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang
sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki."
"Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang."
Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yang baik.
Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda
Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah
tingkah laku anda.
Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan
kita berhadapan dengan kecemasan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya
dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok,
hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...
Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan
pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat
mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah
dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin
memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda
dengan orang itu.
Monday, August 23, 2010
Mutiara Kata 4
Labels:
Cengkir Gading
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment